INSTITUT
PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
(FRIM)
52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh: 16
Januari 2012
Warga Negara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan ini dan penjawat awam FRIM
lantikan tetap di bawah SBPA Kumpulan Pelaksana gred 4-1 hingga gred 2-5 (SSM
Kumpulan Sokongan 1) yang berkelayakan adalah
dipelawa bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
1. JAWATAN : Pengurus Kelab FRIM
2. TARAF
JAWATAN : Pinjaman bagi calon penjawat awamRIM atau kontrak dengan
Kelab FRIM bagi calon bukan penjawat
awam FRIM.
3. GRED
JAWATAN : 4-1 hingga 2-5 (SBPA) atau Kumpulan pelaksana
4. KELAYAKAN AKADEMIK : Sijil Tinggi Pelajaran
atau Diploma
atau setaraf daripada
Institusi Pengajian
Awam atau Swasta
yang diiktiraf
Kerajaan;
atau
Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf Kerajaan
5.
KEMAHIRAN KHAS:
1.
Mempunyai
kemahiran tinggi dalam komunikasi dan perhubungan pelanggan peringkat individu,
kumpulan dalam kerajaan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.
2.
Mempunyai
pengalaman serta kemahiran khas tidak kurang tiga tahun dalam pengurusan acara
(event management) melibatkan bilangan peserta melebihi 500 orang.
3.
Bersedia dan boleh
bekerja untuk kelab tanpa terikat dengan waktu
pejabat.
4.
Berkemahiran
menggunakan kemudahan ICT .
6. TEMPOH
PINJAMAN : Dua (2) Tahun. Boleh dilanjutkan untuk
mana-mana tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun berikutnya.
7. TEMPOH
KONTRAK : (Bagi calon bukan
penjawat awam FRIM), tempoh kontrak adalah selama dua
(2) tahun mulai tarikh melapor diri. Pelanjutan tempoh selanjutnya adalah tertakluk kepada keputusan Pengurusan Kelab FRIM.
8. BILANGAN KEKOSONGAN : Satu
sahaja
9. UPAH : RM2,000 sebulan. (Termasuk bayaran
insentif Kelab) bagi penyandang bukan penjawat awam FRIM.
10. BAYARAN
SAGUHATI KELAB : RM500.00 (untuk penyandang
penjawat awam FRIM) dan boleh dipinda tanpa perlu mendapat persetujuan pegawai.
Amaun ini tidak
termasuk gaji dan elaun serta bayaran lain yang diterima atas gred jawatan
hakiki pegawai.
11. WAKTU
KERJA
1
(Penjawat awam FRIM) luar waktu pejabat. (8.00 Pagi
-5.00 Petang). Kebenaran khas dan berekod daripada Pegawai Penyelia hendaklah
diperolehi bagi mengendalikan mana-mana urusan kelab dalam waktu pejabat.
2
(Bukan penjawat awam FRIM) waktu bekerja adalah
suatu tempoh yang ditetapkan Pihak Pengurusan kelab.
12. SKOP TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Ketua Pengarah
FRIM merangkap Yang DiPertua Kelab FRIM.
13. DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
Mentadbir
Kelab FRIM
1.
Merancang
dan menyelaraskan sistem pentadbiran dan kewangan Kelab yang sistematik dan
berkesan menepati amalan terbaik yang ditetapkan JK Pengurusan Kelab.
2.
Mengatur
menyelia kakitangan kelab untuk
menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Kelab oleh Pihak
Pengurusan FRIM dan termaktub dalam Memorandum Persefahaman FRIM- Kelab.
3. Mengatur dan mengurus semua mesyuarat Kelab
meliputi dan termasuk Mesyuarat J/Kuasa Pentadbiran, JK Kewangan dan JK Disiplin Kelab bagi meneliti perkara-perkara
berkaitan isu-isu pentadbiran, kewangan
dan disiplin pengguna-pengguna semua kemudahan yang dikawalselia dan diurus
oleh Kelab FRIM.
4.
Merancang
dan menyelaras usaha-usaha mempromosi kelab kepada warga FRIM dan orang awam
bertujuan mengoptimum penggunaan semua kemudahan yang dikendalikan kelab.
Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan-Kemudahan Kelab
5. Menyedia dan menguruskan kemudahan
rekreasi, sukan dan sosial untuk kegunaan ahli-ahli Kelab dan pelanggan
individu dan pelanggan korporat menepati standard kemudahan tempat bersukan,
berekreasi dan beriadah serta aktiviti-aktivti lain yang dibenarkan oleh
Pengurusan FRIM atau dan Lembaga
(MFRDB) dan JK Kelab FRIM. Senarai penuh
kemudahan adalah seperti di Lampiran A.
6.
Menyediakan
spesifikasi keperluan kerja-kerja senggaraan dan penambahbaikan fizikal dan
sistem bagi setiap instalasi, struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan rekreasi
di bawah kawalselia Kelab FRIM untuk diluluskan oleh mesyuarat JKPKD dan/atau
J/Kuasa Kelab sebelum dikemukakan kepada pihak Pengurusan FRIM untuk
pembiayaan.
7.
Merancang
dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil ke atas
kemudahan sukan dan sosial yang dipertanggungjawab kepada kelab untuk
memastikan ianya berada dalam keadaan boleh dan selamat diguna, bersih, kemas
dan sempurna untuk ahli-ahli Kelab dan pelanggan-pelanggan individu dan korporat kelab FRIM.
8. Membuat laporan dengan segera kepada
Ketua Pengarah FRIM atau wakilnya sekiranya berlaku sebarang kerosakan, pencerobohan,
kecurian atau kehilangan kemudahan-kemudahan sukan dan sosial yang dipertanggungjawab
kepada kelab.
Mengurus Kutipan Hasil Untuk FRIM dan Kelab
9. Mengutip dan merekod bayaran sewaan serta
bayaran penggunaan kemudahan-kemudahan sukan dan sosial yang ditetapkan Lembaga bagi
pihak dan dengan kebenaran Lembaga (MFRDB).
10 Menyerah
kutipan bayaran sewaan, atau mana-mana bayaran yang diterima bersabit item 13 sub item 9 daripada
pelanggan-pelanggan kelab kepada:
10.1 Pengarah Bahagian Kewangan FRIM atau
mana-mana pihak yang diberi kuasa menerima bayaran berkenaan oleh Lembaga
(MFRDB) dalam tempoh masa yang
ditetapkan pihak pengurusan FRIM di bawah mana-mana peraturan yang ditetapkan Kerajaan.
ATAU
10.2 Bendahari Kelab FRIM atau kepada mana-mana
pihak yang dibenar oleh Pihak Pengurusan
Kelab bagi apa-apa bayaran yang tidak termasuk di bawah item 13 sub item 9 untuk
direkodkan dan disimpan selamat dalam akaun Kelab FRIM dalam tempoh masa yang
ditetapkan di bawah peraturan Kelab FRIM.
11. Menggunakan secara berhemah semua bantuan dana
yang disumbang oleh Lembaga untuk tujuan
pengurusan kemudahan-kemudahan kelab.
12. Memberi layanan yang baik kepada ahli-ahli
Kelab, pelanggan individu dan pelanggan korporat yang menggunakan kemudahan
sukan dan sosial tersebut serta menangani aduan dan cadangan-cadangan daripada
mereka.
Kawalan Disiplin
Ahli dan Pelanggan Kelab
13. Melaksana dan memantau kawalan disiplin ahli-ahli
dan pengguna-pengguna kemudahan-kemudahan yang dipertanggungjawab di bawah
kawalselia Kelab FRIM.
14. Menyediakan peraturan dan sistem pencegahan
dan kawalan bertujuan memastikan ahli-ahli Kelab, pelanggan individu dan
pelanggan korporat sentiasa mematuhi peraturan kelab dan tidak melakukan
sebarang perbuatan melanggar mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan,
undang-undang kecil atau perintah-perintah yang dibuat oleh mana-mana pihak
berkuasa dan Lembaga dari semasa ke semasa.
14. CARA
MEMOHON
1. Semua
permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang
boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian
atas sebelah kiri sampul
2. Pemohonan daripada penjawat awam FRIM hendaklah menggunakan
Borang BPSM/1/1 pindaan 2
dan dihantar kepada BSM melalui
Pengarah Bahagian masing-masing.
15. Tarikh
tutup permohonan pada 10
Februari 2012.
16. CATATAN AM
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian Sumber Manusia
Institut Penyelidikan Perhutanan
LAMPIRAN
A
KEMUDAHAN SUKAN DAN SOSIAL
PENGURUSAN SISTEM KEMUDAHAN
SUKAN DAN SOSIAL