MAKLUMAT TERKINI

FRIM-TRAXXfm anjur Program Ecobuzz
By Published On: Julai 5, 2019

5 Julai 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama TRAXXfm telah menganjurkan Program Ecobuzz semalam untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan warisan semula jadi dalam kalangan peserta.

Program TRAXXfm-FRIM yang diadakan di Kawasan Perkelahan Sungai Kroh ini turut disertai oleh 50 pelajar SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Kumpulan ‘Rhythm of Eco’ sekolah tersebut juga dijemput membuat persembahan ‘ecodrum’.

Abd Latif (kiri) dan Fairuz menyampaikan ucapan
Gambar selepas upacara penanaman pokok.
Abd Latif (kiri) dan Fairuz menyampaikan ucapan masing-masing.  Gambar selepas upacara penanaman pokok. 

Dalam ucapan Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM, beliau telah memberi penghargaan kepada pihak TRAXXfm kerana memberi peluang kepada saintis FRIM untuk berkongsi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D dengan pihak umum melalui program ‘TRAXX Momentum: Science and Tech’ pada awal tahun ini.

Turut hadir, Mohamed Ayub Syed Mohamed, Timbalan Pengarah Program Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM); Fairuz Mohd Radzi, Pengurus Stesen TRAXXfm; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran FRIM dan Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM.

Mohamed Ayub dan Fairuz juga menyempurnakan majlis penanaman pokok giam lintah bukit (Hopea helferi) sebagai acara simbolik bagi memperingati acara ini.

DJ TRAXXfm, Nur Diyana Hashim (kiri) mengadakan wawancara dengan Abd Latif
Jurupandu VIC, Farhan Halili memberi taklimat kepada para pelajar mengenai aktiviti ‘Forest Running Man’
DJ TRAXXfm, Nur Diyana Hashim (kiri) mengadakan wawancara dengan Abd Latif (tengah) dan Mohamed Ayub (kanan).  Jurupandu VIC, Farhan Halili memberi taklimat kepada para pelajar mengenai aktiviti ‘Forest Running Man’. 

Sempena program tersebut, TRAXXfm turut mengadakan beberapa sesi wawancara dengan KP FRIM mengenai R&D serta usaha FRIM dalam pemuliharaan hutan.

Semua peserta kemudiannya menyertai sesi senaman Zumba yang diketuai oleh ‘Coach Syahmi’, diikuti dengan aktiviti ‘Forest Running Man’ yang dikendalikan oleh Pusat Informasi Pelawat (VIC).

Maklumat Terkini