MAKLUMAT TERKINI

FRIM adakan mesyuarat Anggota Institut di KATS
By Published On: November 13, 2018

10 November 2018 (Sabtu) – Mesyuarat Anggota Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Bil. 2/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Wisma Sumber Asli di Putrajaya pagi semalam.

Abd Latif (kanan) dan Tan semasa mesyuarat.
Jack Liam yang mewakili Jabatan Hutan Sarawak bersama-sama ahli Anggota Institut lain.
Abd Latif (kanan) dan Tan semasa mesyuarat.  Jack Liam yang mewakili Jabatan Hutan Sarawak bersama-sama ahli Anggota Institut lain. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Dato’ Dr Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang juga merupakan Pengerusi Institut.

Turut hadir, Dato’ Suhaimi Mamat, Timbalan KSU (Tanah dan Sumber Asli) KATS; Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod; Timbalan KP FRIM (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah; dan Pengarah Kewangan FRIM, Mohd Zamshari Abd Rahman sebagai Setiausaha Mesyuarat.

Sila klik di sini untuk melihat senarai Anggota Institut yang baharu.

Dari kiri: Zamshari dan Khali memberi perhatian sepenuhnya kepada perbincangan.
Suhaimi (paling kiri) duduk di sebelah Tan yang mempengerusikan mesyuarat.
Dari kiri: Zamshari dan Khali memberi perhatian sepenuhnya kepada perbincangan.  Suhaimi (paling kiri) duduk di sebelah Tan yang mempengerusikan mesyuarat. 

Maklumat Terkini