MAKLUMAT TERKINI

FRIM anjak waktu operasi
By Published On: Januari 12, 2019

10 Januari 2019 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengubah waktu operasi dan kemasukan ke FRIM sejak 2 Januari 2019 demi memastikan keselamatan pengunjung dalam kampus.

”Kami menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk memulihara kampus ini,” kata Liza Ismail.
Waktu operasi baharu yang dipaparkan di laman Facebook FRIM
”Kami menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk memulihara kampus ini,” kata Liza Ismail.  Waktu operasi baharu yang dipaparkan di laman Facebook FRIM. 

Waktu operasi baharu ini akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Julai. Walau bagaimanapun, FRIM telah mula menasihatkan pengunjung FRIM yang masih datang awal untuk masuk pada jam 6.00 pagi.

Berdasarkan waktu operasi baharu ini, kampus FRIM akan dibuka dari jam 6:00 pagi hingga 7:00 petang (diubah daripada 5:30 pagi hingga 7:30 petang). Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Aktiviti rekreasi hanya boleh dilakukan pada jam 6:00 pagi – 7:30 pagi dan 8:30 pagi – 7:00 petang pada hari bekerja.

“Pada tahun lepas, berlaku kemalangan antara pengunjung dan penunggang motosikal pada awal pagi kerana keadaan kampus yang masih gelap. Oleh itu, adalah lebih selamat jika kampus dibuka pada jam 6:00 pagi apabila keadaan lebih cerah,” kata Pengarah Pentadbiran FRIM, Liza Ismail.

”FRIM selalu mengutamakan keselamatan pengunjung. Kami menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk memulihara kampus ini,” tambah beliau.

Notis pemberitahuan yang ditampal di kauntar Unit Fasiliti
Notis pemberitahuan yang ditampal di kauntar Unit Fasiliti. 

Notis pemberitahuan telah ditampal di kaunter Unit Fasiliti dan pintu masuk utama FRIM manakala informasi di laman web FRIM dan Facebook juga telah dikemaskini.

Maklumat Terkini