MAKLUMAT TERKINI
FRIM anjur Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM 2018
12 September 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah FRIM 2018 pada 6–7 Oktober (Sabtu dan Ahad) di Ampang Superbowl Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.
Kejohanan anjuran Kelab FRIM ini bertujuan menghargai jasa Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang telah memimpin FRIM sehingga dikenali sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang unggul di rantau ini. Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan beliau sebagai KP; ulang tahun FRIM ke-33 bagi FRIM dan genap 33 tahun beliau berkhidmat di FRIM.
Selain itu FRIM juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti 33 Malaysia Book of Records, Anugerah Sains Mahathir, Anugerah BrandLaureate, Anugerah Buku Negara, Anugerah Merdeka dan pengiktirafan FRIM sebagai Warisan Semula Jadi dan Kebangsaan di bawah pimpinan beliau.
Poster kejohanan bowling. |
Dijangka sebanyak 100 pasukan akan bertanding dalam format dua sepasukan (double) ini. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM13,600 dengan juara keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunia berjumlah RM5,000. Setiap pasukan pemenang akan menerima hadiah-hadiah berikut:
Wakil-wakil agensi kerajaan, swasta dan orang ramai khususnya agensi-agensi yang bekerjasama dengan FRIM digalakkan untuk menyertai kejohanan ini. Selain menyihatkan tubuh badan, pertadingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pemain amatur.
Kedudukan | Hadiah |
---|---|
Johan keseluruhan | RM 5,000 |
Tempat kedua | RM 3,000 |
Tempat ketiga | RM 2,000 |
Tempat keempat | RM 1,000 |
Tempat kelima | RM 800 |
Tempat keenam | RM 700 |
Tempat ketujuh | RM 600 |
Tempat kelapan | RM 500 |
Tempat kesembilan | RM 400 |
Tempat kesepuluh | RM 300 |
Tempat kesebelas | RM 150 |
Setiap pasukan yang ingin mengambil bahagian akan dikenakan yuran RM300 yang boleh dibayar melalui akaun Kelab FRIM CIMB 8002666647. Borang penyertaan dan peraturan yang ditetapkan boleh didapati daripada pautan: .
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- Hamdan Hasan (011-637 4812/hamdan@frim-inc.com.my)
- Mohd Shah Iqbal Mat Shahaaruddin (016-603 8756/ shahiqbal@frim-inc.com.my)
- Siti Aisah Shamsuddin (03-6279 7261/ 019-211 5929/ sitiaisah@frim.gov.my)
Maklumat Terkini