MAKLUMAT TERKINI
FRIM anjur minggu keselamatan, kesihatan pekerjaan
22 Julai 2022 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) pada 19-21 Julai bagi memberi kesedaran kepada staf FRIM mengenai aspek keselamatan dan kesihatan dalam menjalankan tugas seharian.
Program yang diadakan sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun ini dirasmikan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) pada 19 Julai lalu. Turut hadir, Dr Norwati Mohamad, Timbalan KP (Penyelidikan) dan Dr Zamree Md Shah, Naib Pengerusi MKKP. Ismail juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Montaj Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Pelbagai aktiviti seperti ceramah mengenai keselamatan dan kesihatan, kempen derma darah dan pameran telah diadakan sepanjang program tersebut. Ceramah-ceramah yang diberikan adalah:
- Kepentingan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi oleh Ts. Dr Kadir Arifin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia;
- Pengendalian Bahan Kimia/ Respon Kecemasan Tumpahan Kimia/ Sisa Kimia –Shaharuddin Hashim, FRIM;
- Gaya Hidup Digital – Maizura Ishak, FRIM;
- Keselamatan Jalanraya dan Pemanduan Berhemah – Syed Tajul Malik Syed Tajul Arif, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS);
- Kebakaran dan Kecemasan di dalam Bangunan – Alias Dollah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
- Biokeselamatan dan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) FRIM – Dr Norlia Basherudin;
- HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease) – Dr Ahmad Ihsan Abu Bakar (Hospital Pusrawi);
- Keselamatan Kerja di Lapangan – Mohammad Shahfiz Azman, FRIM; dan
- Pengurusan dan Tips Bencana Banjir – Kol. (PA) Ts. Dr Mohamad Fazli Sardi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Aktiviti-aktiviti lain yang turut dianjurkan semasa MKKP adalah:
- Kursus Pengenalan kepada Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (OSH) – Martina Jasoffa Koeng, Kesuma Kemuning Sdn Bhd;
- Saringan Asas Kesihatan dan Khidmat Nasihat oleh Hospital Pusrawi; dan
- Pameran oleh:
- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
- APM
- JBPM
- IBC FRIM
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) FRIM
- Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FRIM
Peserta dan penganjur MKKP bergambar dengan KP FRIM (berisan depan, baju putih) semasa majlis perasmian. | Para penceramah program MKKP. |
Ismail (paling kanan) semasa lawatan ke booth pameran JKKP FRIM | APM memberi taklimat keselamatan kepada kanak-kanak Tabika Kemas FRIM. |
Maklumat Terkini