MAKLUMAT TERKINI

FRIM anjur seminar khas di Kongres Perhutanan Sedunia
By Published On: Mei 7, 2022

7 Mei 2022 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan seminar khas yang merupakan ‘side event’ sempena Kongres Perhutanan Sedunia ke-15 (The XV World Forestry Congress 2021 atau WFC) yang berlangsung di Seoul, Korea, semalam.

Seminar ‘Mangrove Planting Initiatives in ASEAN Countries: Post Indian Ocean Tsunami 2004’ ini bertemakan, ‘Turning the tide: reversing deforestation and forest degradation’ dan ‘Nature-based solutions for climate-change adaptation and mitigation and biodiversity conservation’.

Acara ini merupakan platform bagi menyampaikan usaha penanaman pokok bakau dan spesies pesisiran pantai serta hasil kajian yang telah dijalankan di Malaysia, Indonesia dan Thailand selepas bencana tsunami pada 26 Disember 2004. Ia dianjurkan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Wetlands International, Malaysia (WI), Mangrove Action Project (MAP), Asia Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI) dan Institut Rimbawan Malaysia (IRIM).

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan mempengerusikan seminar yang dijalankan secara hibrid dengan penyertaan 30 peserta secara fizikal dan 36 secara dalam talian.

Panel pembentang dan isu/topik yang dikemukakan seperti berikut:

  • Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM – ‘Lessons to be shared from Malaysia’s post tsunami research’;
  • Harry Yong, Ketua Seksyen Pengurusan Hutan Tanah Lembap JPSM – ‘Issues and challenges in mangrove restoration from Malaysia’s perspective’;
  • Yong Huaimei, Pegawai Teknikal WI – ‘Local community empowerment in mangroves restoration – case studies from Malaysia and Indonesia’; dan
  • Dr Dominic Wodehouse, Pengarah Eksekutif MAP – ‘Lessons and guidance for policy people from MAP’s community-based ecological mangrove restoration best practice’.
Dari kiri: Ismail, Wodehouse, Huaimei dan Harry menyampaikan pembentangan masing-masing. Para hadirin dan pembentang yang menyertai seminar khas tersebut.
Seorang peserta bertanya soalan semasa sesi perbincangan. Sesi diadakan serentak melalui Zoom.

Maklumat Terkini