MAKLUMAT TERKINI
FRIM lantik pengarah-pengarah baharu
23 Jun 2021 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengumumkan pelantikan pengarah-pengarah bahagian baharu bagi menggantikan beberapa pengarah yang telah bersara wajib baru-baru ini.
Pada 31 Mei lalu, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan telah menyampaikan surat pelantikan kepada Wan Zahiri Wan Yaacob sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal baharu yang berkuatkuasa pada 1 Jun. Turut hadir, Mohd Asmawee Ismail, Pengarah Sumber Manusia FRIM. Wan Zahiri mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada Mahmudin Saleh yang dahulunya merupakan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal serta Pengarah Bahagian Inovasi dan Komersialisasi.
Dari kiri: Mohd Asmawee, Ismail dan Wan Zahiri semasa penyerahan surat pelantikan. | Dari kanan: Gan menyerahkan fail tugas kepada Mohd Rosli dengan diperhatikan oleh Ismail. |
Dr Mohd Rosli Haron pula dilantik sebagai Pengarah Perancangan Penyelidikan mulai 27 Mei lalu menggantikan Dr Gan Kee Seng.
Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad dilantik sebagai Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar mulai 30 April manakala Dr Ling Sui Kiong dilantik mengetuai Bahagian Hasilan Semula Jadi mulai 17 Mac. Wan Mohd Shukri mengambil alih tugas tersebut daripada Ismail sementara Ling menggantikan Dr Nor Azah Mohamad Ali yang bersara wajib.
FRIM turut mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai berikut:
- Dr Zunoliza Abdullah sebagai Ketua Program Fitokimia;
- Dr Mohamad Nasir Mat Arip, Ketua Cawangan Dasar dan Perancangan Penyelidikan;
- Nur Hajar Zamah Shari, Ketua Program Hutan Asli;
- Zahari Othman, Ketua Cawangan Teknologi Maklumat;
- Dr Ang Lai Hoe, Ketua Program Hutan Ladang;
- Suhana Rafidah Md Yusof, Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti; dan
- Roshamida Ruslan, Ketua Cawangan Pengurusan Kemudahan.
Poster pelantikan Wan Mohd Shukri (atas) dan Ling. | Ketua-ketua program/cawangan baharu FRIM (dari kiri): Zunoliza, Mohamad Nasir, Nur Hajar, Zahari, Ang, Suhana Rafidah dan Roshamida. |
Maklumat Terkini