MAKLUMAT TERKINI
FRIM buka semula ‘Forest Skywalk’ 16 Oktober Tempahan ‘online’ dibuka hari ini
12 Oktober 2021 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan membuka semula Jejantas Rimba (Forest Skywalk) kepada pengunjung mulai 16 Oktober 2021 (Sabtu).
Tiket hanya boleh diperolehi melalui tempahan awal mulai hari ini:
- Secara ‘online’ di skywalk.frim.gov.my/ (kurang 10 peserta) atau
- Secara emel melalui Pusat Informasi Pelawat (VIC): frim_enquiry@frim.gov.my (10 atau lebih peserta dibawa jurupandu).
Poster pembukaan semula Jejantas Rimba. |
Sehubungan itu, FRIM juga akan membenarkan aktiviti ‘nature trekking’ dan fotografi/penggambaran (maxima 10 orang sekumpulan) mulai 16 Oktober di kampus utama. Untuk permohonan dan urusan tempahan, sila hubungi VIC (frim_enquiry@frim.gov.my).
Kriteria kemasukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini termasuk:
- Telah lengkap vaksinasi dan perlu menunjukkan bukti vaksinasi;
- Pendaftaran masuk dengan aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu (tidak melebih 37.5 ºC); dan
- Pemantauan oleh petugas FRIM diwajibkan.
FRIM akan membuka fasiliti kampus utamanya secara berperingkat. Taman Botani Kepong (KBG) FRIM telah dibuka terlebih dahulu mulai 2 Oktober lalu. Sila rujuk facebook.com/FRIMKepong/posts/4353789641322978 untuk butiran lanjut.
KBG dan ‘Forest Skywalk’ akan ditutup setiap hari Jumaat untuk penyelenggaraan.
Sewaan fasiliti (seperti kemudahan sukan, tapak perkhemahan, lokasi majlis dan bilik mesyuarat) masih belum dibenarkan.
Sila ikuti laman Facebook FRIM (www.facebook.com/FRIMKepong/) untuk perkembangan terkini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi VIC melalui tel: 03-6279 7592 / 7596 / 7649 atau emel: frim_enquiry@frim.gov.my / feedback@frim.gov.my.
Maklumat Terkini