MAKLUMAT TERKINI

FRIM buka semula KBG, Taman Warisan esok
By Published On: Jun 30, 2020

30 Jun 2020 (Selasa) – Taman Botani Kepong (KBG) dan Taman Warisan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan dibuka semula mulai esok (1 Julai) dan pejoging diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Waktu operasi KBG telah diubah kepada 7.30-11.00 pagi dan 3.00-6.00 petang setiap hari manakala Taman Warisan FRIM dibuka dari 7.00 pagi ke 6.00 petang (kemasukan terakhir: 30 minit sebelum waktu penutupan). Kampus utama FRIM, Kepong masih kekal ditutup sehingga akhir tahun.

Poster SOP aktiviti berjoging.
Laluan kemasukan berlainan kereta dan pejalan kaki di KBG.

Poster SOP aktiviti berjoging di KBG dan Taman Warisan FRIM.

Laluan kemasukan berlainan kereta dan pejalan kaki di KBG bagi memudahkan kerja pemantauan.

Pejoging dibenarkan masuk dengan syarat-syarat berikut:

  • Bilangan pejoging setiap satu masa: KBG (maksimum 300 orang); Taman Warisan (tidak terhad);
  • Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; dan
  • Dilarang menjalankan aktiviti berkumpulan seperti taichi, zumba atau menggunakan pondok rehat serta fasiliti ‘parcourse’.

Semua pengunjung FRIM perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan FRIM serta SOP yang dikenakan oleh kerajaan seperti ‘check-in’ dengan aplikasi MySejahtera dan suhu badan tidak melebihi 37.5ºC.

Mereka yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan masuk. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa atau penjaga.

Aktiviti berjoging hanya dibenarkan atas jalan berturap.
Aktiviti berjoging hanya dibenarkan atas jalan berturap dan trek joging di KBG (kiri) dan Taman Warisan FRIM.

Sila ikuti laman Facebook rasmi FRIM untuk perkembangan/pengumuman selanjutnya. Untuk sebarang pertanyaan, emel kepada: frim_enquiry@frim.gov.my/ feedback@frim.gov.my.

Terima kasih atas kerjasama.

Maklumat Terkini