MAKLUMAT TERKINI
FRIM dapat anugerah ‘agensi terbaik’ bagi khidmat pulih bencana
4 Ogos 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima anugerah Agensi Terbaik bagi perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) dalam Projek ‘Government Data Centre 2 (GDC-2)’.

Maizura (berbaju merah) menerima sijil yang disampaikan oleh Suhazimah.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Dr Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada Maizura Ishak yang mewakili Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) FRIM di Majlis Sesi Penutup Projek GDC-2 yang diadakan di Putrajaya pada 1 Ogos 2017.

Sijil yang diberi kepada FRIM.
Sebanyak 50 agensi termasuk FRIM mendapat perkhidmatan Pusat Data (DC) dan DRC melalui Projek GDC-2 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia mulai 2012 sehingga 2017.
Di majlis yang sama, 44 agensi menerima sijil perkhidmatan DRC. Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan penerima anugerah agensi terbaik bagi perkhidmatan DC.
Sebagai penerima anugerah ‘Agensi Terbaik’ bagi perkhidmatan DRC, FRIM juga dijemput untuk berkongsi pengalamannya dalam pengaktifan DRC di majlis tersebut.
FRIM telah melaksanakan latihan simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) yang melibatkan semua warganya pada 27 Julai lalu. Pasukan DRT FRIM telah berjaya memenuhi kriteria jangka masa enam jam yang ditetapkan dengan mengaktifkan semua aplikasi kritikal dalam masa empat jam 16 minit sahaja.

Maizura berkongsi pengalaman FRIM dalam pengaktifan semua aplikasi DRC di sesi tersebut.
Maklumat Terkini