MAKLUMAT TERKINI

FRIM-JWN-JPBD anjur persidangan tapak warisan negeri Selangor
By Published On: November 19, 2018

19 November 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Warisan Negera (JWN) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor telah menganjurkan Persidangan Tapak Warisan Negeri Selangor 2018 pada 14 dan 15 November lalu di Shah Alam.

Majlis perasmian pada 14 November lalu telah disempurnakan oleh Dato’ Paiman Keromo, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang mewakili Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Dari kiri: Zainah, Abd Latif, Paiman, Khairulzaman dan Noorsiha semasa majlis pelancaran.
Zainah (paling kiri), Paiman (tengah) dan Abd Latif berbincang semasa lawatan ke pameran poster.
Dari kiri: Zainah, Abd Latif, Paiman, Khairulzaman dan Noorsiha semasa majlis pelancaran.  Zainah (paling kiri), Paiman (tengah) dan Abd Latif berbincang semasa lawatan ke pameran poster. 

Turut hadir, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dato’ Dr Zainah Ibrahim, KP JWN; Khairulzaman Ibrahim, Timbalan Pengarah JPBD Negeri Selangor dan Noorsiha Ayop, Ketua Program Pengurusan Tapak Warisan FRIM (FRIM-WHS).

Paiman turut melancarkan buku terbitan FRIM bertajuk, ’Diaries of F.W. Foxworthy, Malaysia’s First Forest Research Officer’ yang merupakan rekod penting sejarah awal penubuhan institut serta penanaman semula hutan di kampus FRIM.

Persidangan dua hari ini bertujuan berkongsi hasil penemuan kajian saintifik melibatkan fakta nilai keunggulan sejagat (outstanding universal value) bagi FRIM dan Permatang Kuarza Gombak Selangor serta menyediakan platform kerjasama demi mengukuhkan lagi proses pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sebahagian daripada peserta persidangan.
Siti Zuraina (kiri) dan Ng menyampaikan pembentangan masing-masing.
Sebahagian daripada peserta persidangan.  Siti Zuraina (kiri) dan Ng menyampaikan pembentangan masing-masing. 

Persidangan ini dihadiri oleh 130 peserta yang terdiri daripada penyelidik, ahli akademik, wakil-wakil agensi berkaitan, penggubal polisi dan pemegang taruh.

Antara topik pembentangan menarik termasuk, ‘UNESCO World Heritage Site: Challenges in Dossier Preparation’ oleh Prof. Emeritus Datin Paduka Siti Zuraina Abdul Majid, mantan KP JWN; dan ‘FRIM History and Outstanding Universal Value’ oleh Dr Francis Ng, mantan Timbalan KP FRIM.

Maklumat Terkini