MAKLUMAT TERKINI

FRIM kekal Akreditasi ISO/IEC 17025
By Published On: Jun 29, 2018

29 Jun 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengekalkan akreditasi ISO/IEC 17025:2005 susulan daripada audit pemantauan yang diadakan pada 26–28 Jun lalu.

Audit pemantauan tersebut dijalankan oleh juruaudit daripada Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) yang terdiri daripada Tan Kim Ho, Wong Siew Kwan dan Woo Seng Khee. Mereka telah membuat pemantauan terhadap makmal-makmal di bawah bidang mekanikal dan fizikal pada 26–27 Jun; manakala Tan Kim Ho, Prof. Dr Son Radu dan Sim Ah Bah pula bagi bidang mikrobiologi dan biologi pada 28 Jun.

Mesyuarat pembukaan audit di Bilik Mesyuarat Ixora. 

Ismail berucap di mesyuarat pembukaan audit. 

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Ismail Harun; Ketua Unit Pengurusan Kualiti, Dr Sharmiza Adnan; dan wakil-wakil makmal telah menghadiri sesi mesyuarat pembukaan audit.

Penemuan audit dibentangkan oleh juruaudit dan makmal-makmal yang terlibat diminta mengambil tindakan susulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Juruaudit dari STANDARDS MALAYSIA: (dari kiri) Tan, Wong dan Woo. 

Audit yang diadakan di Makmal Perlindungan Api. 

Maklumat Terkini