MAKLUMAT TERKINI

FRIM kerjasama dengan MPMA, Plus Intervest untuk hasil pokok tisu kultur Eucalyptus
By Published On: Mac 20, 2019

13 Mac 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) dan Plus Intervest dalam kerjasama penghasilan anak pokok tisu kultur Eucalyptus semalam.

Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis
Abd Latif (kiri) dan Sheikh Othman menandatangani dokumen MOU
Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis.  Abd Latif (kiri) dan Sheikh Othman menandatangani dokumen MOU. 

Kerjasama FRIM-MPMA ini melibatkan penghasilan anak pokok kultur tisu Eucalyptus sp. dan spesies bernilai komersial untuk perladangan. FRIM turut berperanan mempromosi dan menyokong program perladangan komuniti MPMA dengan membekalkan kepakaran serta bantuan teknikal dalam penghasilan anak-anak pokok melalui kaedah tisu kultur.

FRIM juga menandatangani MOU dengan Plus Intervest bagi projek sambungan hasil MOU yang ditandatangani pada April 2016 dan bakal berakhir pada April 2019. Dalam projek sambungan ini, tumpuan diberi kepada penghasilan anak-anak pokok tisu kultur Eucalyptus hybrid dan E.pellita berskala besar untuk penanaman oleh pihak Plus Intervest serta peladang-peladang kecil di sekitar Batu Kikir, Negeri Sembilan dengan tujuan memastikan kelestarian bahan tanaman dan bahan mentah.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menandatangani MOU bagi pihak FRIM; sementara MPMA diwakili Pengerusinya, Datuk Wira Sheikh Othman Abdul Rahman dan Plus Intervest diwakili Pengarah Urusan, Datuk Chua Hock Gee.

Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis
Abd Latif (kiri) dan Sheikh Othman menandatangani dokumen MOU
Dari kiri: Marzalina, Abd Latif, Chua, Sheikh Othman dan Yu semasa sesi pertukaran dokumen. Gambar berkumpulan semua yang hadir pada majlis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Richard Yu; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dato’ Dr Marzalina Mansor, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Dr Nor Azah Mohamad Ali, Pengarah Hasilan Semula Jadi; Norhayati Nordin, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi; Dr Norwati Muhammad, Ketua Program Bioteknologi; Dr Nor Hasnida Hassan, Ketua Cawangan Kultur Tisu; serta pegawai-pegawai Bahagian Bioteknologi Perhutanan dan Unit Komunikasi Korporat.

Maklumat Terkini