MAKLUMAT TERKINI

FRIM lancar FIMIS pada Perhimpunan Bulanan
By Published On: Februari 4, 2020

4 Februari 2020 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan FRIM Integrated Management Information System (FIMIS) ketika Program Perhimpunan Bulanan pada 23 Januari lalu.

Abd Latif menyampaikan ucapan beliau. Dari kiri: Nurul Hilal, Marzalina, Khali Aziz dan Abd Latif semasa upacara pelancaran FIMIS. 

FIMIS merupakan sistem pengurusan maklumat bersepadu yang menyokong perancangan dan pemantauan pencapaian FRIM serta bertindak sebagai Decision Support System (DSS). Sistem tersebut telah dibangunkan secara ‘in-house’ oleh staf Cawangan Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Nurul Hilal Ahmad Tarmidzi.  

Pada perhimpunan tersebut, staf FRIM juga mengambil ikrar untuk menjalankan tugasan dengan penuh integriti dan diikuti dengan amanat yang disampaikan oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM.

Staf FRIM berikrar untuk mengukuhkan integriti dalam perkhidmatan. Sebahagian daripada dashboard FIMIS.

KP FRIM juga menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pemenang ‘Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sistem FIMIS’.

Turut hadir, Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); dan Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan).

Maklumat Terkini