MAKLUMAT TERKINI

FRIM lanjut penutupan kampusnya
By Published On: Disember 31, 2020

31 Disember 2020 (Thursday) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil keputusan untuk melanjutkan penutupan kampus utamanya serta Taman Botani Kepong (KBG), Taman Warisan dan juga Forest Skywalk kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Keputusan ini selaras dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor susulan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini. FRIM akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan keadaan wabak COVID-19.

Poster penutupan kampus.
Poster penutupan kampus.

Sebarang perubahan yang dibuat akan diumumkan melalui laman web dan Facebook rasmi FRIM.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat FRIM (03-6279 7591/7529/7458 | FRIMCCU_officers@frim.gov.my/ feedback@frim.gov.my).

Maklumat Terkini