MAKLUMAT TERKINI
FRIM menang 1 emas, 1 perak di MTE
5 April 2022 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima ‘Gold Award Winner’ kategori International Innovation Awards (IIA) bagi ‘Nature Inspired Germ Buster’ dan ‘Silver Award Winner’ kategori ‘Public Service Innovation Award’ (PSIA) bagi ‘Herbal Industry Value Chain System (Herba Xpress)’ di Malaysia Technology Expo 2022 (MTE 2022).
MTE diadakan pada 21-25 Mac secara maya dan keputusan pertandingan diumumkan pada 25 Mac.
Pasukan inovasi ‘Nature Inspired Germ Buster’ diketuai oleh Dr Mastura Mohtar dan terdiri daripada Mohd Ramdan Parman, Wan Sabariah Shuib, Dr Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohd Isa dan Hannan Abdul Wahab.
Pasukan ‘Herbal Industry Value Chain System (Herba Xpress)’ diketuai Rohana Abd Rahman dianggotai Ariff Fahmi Abu Bakar, Dr Mohd Rosli Haron, Khunirah Dzu, Nor Atiqah Mohd Fauzi, Nur Fazreen Zainal, Zahari Othman, Intan Farah Wahida Khabir, Mohd Shahidan Mohamad Arshad, Munirah Mohd Fauzi, Khairul Kamilah Abdul Kadir, Nur Amalina Rashid, Nur Hazirah Jalaludin, Mahmud Husni Abd Hadi, Ismail Ramli dan Muhammad Faiz Md Fauzi.
Pembentangan inovasi oleh Mastura dan Rohana disiarkan di laman web MTE sepanjang expo tersebut.
Selain itu, FRIM juga memenangi anugerah pembentangan terbaik bagi tema ‘International Session – Graduate Track in Food Process Engineering’ di Persidangan Antarabangsa dan Kebangsaan Jaringan Kejuteraan Makanan Thailand yang ke-8 (International and National Conference on Food Engineering Network of Thailand, FENETT 2022), Chiang Mai, Thailand semalam.
Pembentangan tersebut yang bertajuk, ‘Microwave-vacuum Drying of Orthosiphon aristatus Leaves: Drying Kinetics and Content of Rosmarinic Acid’ disampaikan oleh Hada Masayu Ismail@Dahlan, Pegawai Penyelidik Bahagian Hasilan Semula Jadi. Ahli-ahli pasukan ini terdiri daripada Dr Pin Kar Yong, Prof. Madya Dr Mohd Nordin Ibrahim, Nur Fatin Awanis Mohd Zin dan Mohd Farhan Abdul Razak.
![]() |
![]() |
---|---|
Pengumuman ‘Gold Award Winner’ di MTE. | Senarai pemenang-pemenang emas dan perak di MTE. |
![]() |
![]() |
Poster pembentangan Mastura dan Rohana di MTE. | Sijil pengiktirafan yang diterima FRIM di FENETT 2022. |
Maklumat Terkini