MAKLUMAT TERKINI

FRIM menang lima pingat perak di MTE 2020
By Published On: Mac 2, 2020

2 Mac 2020 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya meraih lima pingat Perak di Malaysia Technology Expo (MTE) ke-19 dan empat daripada inovasi yang dipertandingkan bagi kategori ‘Invention & Innovation Awards’ juga menerima ‘International Award of Merit’ bersempena dengan ‘The Malaysia-Croatia Technology Exchange 2020’.

FRIM menang lima pingat di MTE 2020
FRIM menang pingat di MTE 2020
Penerima-penerima anugerah dari FRIM menunjukkan sijil dan pingat masing-masing.  Staf FRIM yang bertugas di booth pameran FRIM.

Penyertaan inovasi FRIM bagi kategori ‘Invention & Innovation Awards’ ialah:

  • ‘Active Ingredient SEEL30 with Anti-Ovarian Cancer and Energy Booster Potential’ yang diketuai oleh Dr Nurhanan Murni Yunos;
  • ‘KLL092 Standardised Extract: Development of Antidiabetic Agent from Medicinal Plant Based on Orang Asli Kensiu Traditional Knowledge’ (Dr Fadzureena Jamaludin);
  • Jus Laris (Noor Rasyila Mohamed Noor); dan
  • ‘Producing Mechanical Pulp for Moulded Products from Mix Tropical Hardwood Timber Waste’ (Dr Rushdan Ibrahim).

‘Smart Stand (Bonsai Beat)’ diketuai Norain Mohd Arif pula bertanding dalam kategori ‘Public Service Innovation Awards’.

FRIM menang pingat di MTE 2020
FRIM menang pingat di MTE 2020
Sijil-sijil dan pingat yang diterima oleh projek inovasi Jus Laris. Rushdan (paling kanan) menerangkan projek inovasi beliau kepada panel penilai.

MTE 2020 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20-22 Februari lalu ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Maklumat Terkini