MAKLUMAT TERKINI

FRIM nilai projek penyelidikan
By Published On: Februari 28, 2022

28 Februari 2022 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Project Evaluation and Monitoring (PEM) Seminar 2020-2021’ pada 22-23 Februari lalu untuk menilai dan memantau projek-projek penyelidikan serta memberi ruang kepada para penyelidik berkongsi hasil kajian dengan warga FRIM.

Seminar yang bertema, ‘FRIM R&D: Addressing Future Challenges’ ini dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan.

Sebanyak 19 pembentangan lisan, 18 persembahan montaj dan 34 poster telah dikemukakan. Pemenang-pemenang anugerah pembentangan terbaik adalah seperti berikut:

  • Anugerah Poster Terbaik
    • 2020 – ‘Insecticidal Activity of Nanoencapsulated Rotenone to Powderpost Beetles’ diketuai oleh Dr Shahlinney Lipeh
    • 2021 – ‘Water for Life Project (Phase III): at Peat Swamp Forest, Ayer Hitam North Forest Reserve, Johor’ (Mohd Azahari Faidi)
  • Anugerah Montaj Terbaik
    • 2020 – ‘Economic Valuation of Permanent Reserved Forest (PRF) Services as Flood Control and Water Catchment for State of Kelantan’ (Mohd Parid Mamat)
    • 2021 – ‘Development of Standardised Extract from Medicinal Plant (ABP016) based on Orang Asli Traditional Knowledge towards Production of Prototypes’ (Dr Nik Musa’adah Mustapha)
  • Anugerah Pembentang Lisan Terbaik
    • 2020 – ‘Designing and Institutionalising an Ecotourism Program to Create Economic Incentives for Forest Conservation: An Inspiring Story from Local Communities in Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang’ (Dr Huda Farhana Mohamad Muslim)
    • 2021 – ‘Inventories of Selected Potential Medicinal Plants based on Traditional Knowledge of Orang Asli in Forest Reserves’ (Intan Nurulhani Baharuddin)
  • Anugerah Pengurusan Projek Terbaik
    • 2020 – ‘Towards Conservation Strategy/Policy for Limestone Hills in Peninsular Malaysia: Understanding and Documenting Plant Biodiversity Focus on Kelantan Limestone Hills (Phase 1)’ (Rafidah Abdul Rahman)
    • 2021
      • – Kategori Geran Penyelidikan

Penghasilan Jus Berkualiti dari Komuniti Paya Laut bagi Tujuan Pengkomersialan (Saidatul Husni Saidin)

  • – Kategori Geran Pembangunan RMK-11

Dokumentasi dan Konservasi Biodiversiti demi Kesejahteraan Hutan dan Kemampanan Sumber Semulajadi (Fasa1) (Dr Richard Chung Cheng Kong)

Ismail berucap semasa sesi perasmian seminar. Seminar PEM diadakan di Bilik Mesyuarat Licuala.
Gambar-gambar sesi pembentangan dan penilaian. Gambar-gambar sebahagian daripada pemenang anugerah.