MAKLUMAT TERKINI
FRIM, PBG kerjasama dalam pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan
29 Julai 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh Jabatan Taman Botani Pulau Pinang (PBG) untuk bekerjasama dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan pada 21 Julai lalu.
Di majlis pemeterian MOU tersebut yang diadakan di FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) mewakili FRIM manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula diwakili Pengarah PBG, Nur Faizah Tajudin untuk menandatangani dokumen tersebut.
Abd Latif (kiri) dan Nur Faizah berucap semasa majlis. | Dari kiri: Chua, Abd Latif, Nur Faizah dan Saw semasa sesi pertukaran dokumen. |
Dr Lillian Chua, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM dan Dr Saw Leng Guan, Kurator PBG turut menandatangani MOU tersebut sebagai saksi. Saw merupakan mantan Pengarah Biodiveristi Hutan FRIM.
Turut hadir, Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM; Dr Siti Salwana Hashim, Ketua Cawangan Pengeluaran Bahan Tanaman FRIM; Dr Sam Yen Yen, Ketua Cawangan Botani FRIM; Suhaida Mustafa, Ketua Taman Botani Kepong (KBG); Siti Mardina Ismail, Pegawai Pertanian PBG serta wakil-wakil FRIM dan PBG yang lain.
Gambar berkumpulan wakil-wakil FRIM dan PBG. | Delegasi PBG melawat KBG. |
Dalam kerjasama ini, tiga objektif utama telah digariskan iaitu:
- Pengurusan taman dan koleksi tumbuhan;
- Penyelidikan dalam pemuliharaan, penanaman dan pengenalan semula tumbuhan; dan
- latihan dan pembangunan modal insan dalam kedua-dua bidang tersebut.
Delegasi PBG juga dibawa melawat KBG selepas upacara MOU tersebut.
Maklumat Terkini