MAKLUMAT TERKINI

FRIM rai Ulang Tahun Ke-10 pelantikan KP
By Published On: Mei 2, 2018

30 April 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meraikan ulang tahun ke-10 pelantikan Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah (KP) dan mengambil Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Majlis Hari Anugerah di Dewan Alwy, pada Khamis lalu.

Abd Latif menunjukkan Anugerah Khas Ikon FRIM sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Basir Malan Ab Rahman, Pengarah Sumber Manusia; Ismail; Azizan dan Khali Aziz.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato’ Sri Azizan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang juga merupakan Pengerusi FRIM dan FRIM Inc.

Azizan juga melancarkan buku berjudul, ‘Pelestarian Rizab Biosfera Tasik Chini’ yang disunting olehnya bersama Abd Latif, Dr Siti Aisah Shamsuddin dan Dr Wan Mohd Skukri Wan Ahmad.

KP memimpin staf FRIM dalam melafaz IBR serta menandatangani IBR bersama Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan); Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM dan Abdul Jabbar Sabli, Pengurus Pentadbiran dan Operasi FRIM Inc. Acara ini disaksikan oleh Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

DG’s 10th year at the helm

Abd Latif (kiri) dan Azizan menyampaikan ucapan masing-masing.

Seramai 109 staf telah menerima pengiktirafan FRIM atas pencapaian cemerlang bagi tahun 2017. Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Khas Ikon FRIM kepada Abd Latif.

Azizan menandatangani buku baharu yang dilancarkan.

Dr Lee Soon Leong merupakan penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM tahun ini manakala Anugerah Penyelidikan Terbaik dimenangi kumpulan penyelidik bagi projek ‘Anti-obesity investigation on the standardised extract from calyx of Hisbiscus sabdriffa (roselle): in vitro and in vivo study’ yang diketuai Dr Mohd Kamal Nik Hasan. Anugerah KP FRIM pula diterima oleh Ismail.

Sempena majlis ini, turut diadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jasamu Dikenang yang meraikan pesara dan bakal pesara FRIM sebagai penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti mereka. Mereka yang diraikan ialah Datin Salamah Selamat, Abd Razak Othman, Yang Nazli Yahya, Abdul Rahim Razali, Rosman Ibrahim dan Narayanan Alimuthu.

Staf FRIM dan wakil-wakil SPRM menunjukkan isyarat Gerakan Revolusi Anti Rasuah.

Dari kiri: Ismail, Lee dan Mohd Kamal menerima anugerah masing-masing daripada Abd Latif.

Para pesara dan bakal pesara FRIM bergambar degan dif-dif kehormat.

Maklumat Terkini