MAKLUMAT TERKINI
FRIM sertai forum antarabangsa anjuran NIES
26 February 2018 (Isnin) – Para penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai Forum Antarabangsa Mengenai Kelestarian Masa Depan Asia ke-3 (3rd International Forum on Sustainable Future in Asia) yang dianjurkan oleh National Institute for Environmental Studies (NIES), Jepun pada 23–24 Januari lalu di Kuala Lumpur.
Forum tersebut bertujuan untuk memacu pihak berkepentingan negara dan serantau termasuk kerajaan, sektor swasta, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memenuhi komitmen global terutamanya yang berkaitan dengan perubahan iklim, pengurusan sisa, biodiversiti, risiko alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat secara umum.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Dr Ismail Harun membentangkan ucaptama bertajuk, ‘Sustainable Forest Management in Malaysia: Status, Challenges and the Way Forward’ dan merupakan pengerusi bersama bagi sesi pembentangan ‘Tropical Ecosystem in the Changing World’.
Antara topik pembentangan yang disampaikan oleh penyelidik FRIM di forum
Dari kiri: Samsudin, Elizabeth, Phon dan Yao membentangkan hasil penyelidikan mereka di forum tersebut.
tersebut ialah:
- ‘Optional Management Systems for Tropical Forests: Optimising Production and Protection Roles’ oleh Dr Samsudin Musa;
- ‘REDD Plus Implementation and its Contribution to Malaysia’s Nationally Determined Contribution’ (Dr Elizabeth Philip);
- ‘Methods of Monitoring Populations of the Rajah Brooke’s Birdwing, Trogonoptera brookiana (Lepidoptera, Papilionidae)’ (Phon Chooi Khim); dan
- ‘Habitat-related tree species distributions and diversity in a Peninsular Malaysian rainforest’ (Yao Tze Leong).
Watanabe (tengah), Samsudin (ketiga dari kiri), Ismail Parlan (paling kanan) dan delegasi NIES di SPF Pasoh.
Delegasi NIES yang diketuai oleh presidennya, Dr Chiho Watanabe juga melawat Stesen Penyelidikan FRIM di Pasoh (SPF Pasoh), Negeri Sembilan pada 25 Januari untuk memeriksa kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditaja oleh NIES. Mereka diiringi oleh Samsudin yang merupakan Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM dan Dr Ismail Parlan, Ketua Program Hutan Asli.
NIES telah bekerjasama dengan FRIM sejak 1991 dalam penyelidikan hutan tropika terutamanya di SPF Pasoh. Mereka juga memberikan dana pembangunan untuk mendirikan menara aluminium kembar-tiga dan titian kanopi di stesen tersebut.
Maklumat Terkini