MAKLUMAT TERKINI
FRIM terima Anugerah The BrandLaureate Brand of the Year 2024 bagi Kecemerlangan Penyelidikan Perhutanan Tropika
17 Disember 2024 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima ‘The BrandLaureate Brand of the Year Award 2024’ bagi kategori Kecemerlangan Penyelidikan Perhutanan Tropika (Excellence in Tropical Forestry Research) pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
Pengiktirafan berprestij ini mengukuhkan sumbangan signifikan FRIM dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan tropika termasuk inovasi saintifik dan memenuhi keperluan para pemegang pelanggan serta mengukuhkan kedudukan FRIM sebagai peneraju global dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika.
Dato’ Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM menerima anugerah tersebut daripada YM Tengku Dato’ Dr Hishamuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Al-Haj, Tetamu Kehormat yang diiringi Prof. Dr KK Johan, Presiden The World Brands Foundation (TWBF); serta Dr Oh Ei Sun dan Prof. Emeritus Dr Uichol Kim yang merupakan Ahli Lembaga TWBF.
Turut hadir, Datuk Wira Sheikh Othman Sheikh Abdul Rahman, Ahli Anggota Institut (AI) FRIM; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Mahmudin Saleh, Timbalan KP (Operasi) dan Toh An Nee Ketua Komunikasi Korporat.
FRIM telah dinobat sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada 2015 dan sedang dalam tahap akhir untuk mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. FRIM juga terus menunjukkan komitmennya dalam memelihara dan memajukan ekosistem tropika untuk generasi akan datang.
Sejak 1926, FRIM telah menerajui pelbagai inisiatif yang mengintegrasikan penyelidikan dengan keperluan industri, seterusnya memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi mampan. Usaha-usaha ini selaras dengan matlamat alam sekitar negara serta agenda kelestarian global, menjadikan FRIM sebagai pemain utama dalam menangani cabaran alam sekitar.
Tema anugerah tahun ini, ‘Your Brand, Your Award. Celebrating, Championing, Capitalising The Best of Your Brand!’, bertepatan dengan misi dan pencapaian FRIM. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan reputasi global FRIM tetapi juga memperkukuhkan azamnya untuk terus menyumbang kepada pemuliharaan dan penggunaan mampan ekosistem hutan tropika.
Dr Ismail mengucapkan syabas kepada semua warga FRIM yang sebenarnya penyumbang bagi FRIM menerima anugerah ini. Ucapan penghargaan juga kepada ahli AI yang sentiasa memberi sokongan untuk FRIM terus kekal cemerlang.
![]() |
![]() |
---|---|
Ismail bersama trofi dan sijil anugerah. | Dari kiri: Mahmudin, Sheikh Othman, Ismail, Norwati dan Toh pada majlis anugerah. |
![]() |
![]() |
Dari kiri: Oh, Kim, Ismail, Hishamuddin Zaizi dan Johan semasa penyampaian anugerah. | Gambar trofi dan sijil anugerah. |
Maklumat Terkini