MAKLUMAT TERKINI

FRIM terima dua lagi sijil MBR
By Published On: Jun 24, 2020

24 Jun 2020 (Rabu) – Malaysia Book of Records (MBR) telah menyampaikan dua lagi sijil rekod baharu bagi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kepada Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM semalam.

Dua rekod berkenaan iaitu ‘First to Establish Tongkat Ali Hairy Root Culture in the Bioreactor’ dan ‘Most Number of Sub-Ethnic Orang Asli Traditional Knowledge (TK) Documented on Medicinal & Aromatic Plants’ telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Pengarah Pembangunan Perniagaan (MBR).

Bergambar semasa penyampaian sijil MBR bagi ‘First to Establish Tongkat Ali Hairy Root Culture in the Bioreactor’.
Bergambar dengan sijil yang baharu diterima
Dari kiri: Norwati, Jwan Heah, Abd Latif dan Nor Hasnida semasa penyampaian sijil MBR bagi ‘First to Establish Tongkat Ali Hairy Root Culture in the Bioreactor’. Dari kiri: Norini, Abd Latif dan Nor Azah bergambar dengan sijil yang baharu diterima.

Jwan Heah bersama-sama dengan tiga lagi orang wakil MBR telah melawat FRIM semalam untuk menyampaikan sijil serta membuat rakaman sesi temu bual secara langsung melalui Facebook MBR bagi tujuan promosi.

MBR memberi fokus khas kepada FRIM kerana FRIM merupakan antara pemegang rekod terbesar dalam pangkalan data MBR. Dengan tambahan dua rekod baharu yang diterima semalam, FRIM telah berjaya memperolehi 42 rekod MBR dan daripada jumlah ini, enam adalah rekod individu Abd Latif.

Pasukan MBR bergambar bersama Abd Latif (ketiga dari kanan).
Pasukan MBR bergambar bersama Abd Latif (ketiga dari kanan), Toh dan Nur Afniza.

KP FRIM berkata: “MBR bagi saya merupakan satu bentuk pengiktirafan yang dapat membuktikan pencapaian signifikan FRIM dalam penyelidikan perhutanan, terutamanya pencapaian penyelidikan yang menyokong komitmen negara di peringkat Antarabangsa; sekaligus merekodkan sumbangan FRIM kepada negara. Terima kasih MBR.”

Turut hadir untuk menerima sijil ialah Dr Norwati Muhammad, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Dr Nor Hasnida Hassan, Ketua Makmal Kultur Tisu; Dr Nor Azah Mohamad Ali, Pengarah Hasilan Semula Jadi; Dr Norini Harun, Penyelaras Projek TK; Toh An Nee, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Nur Afniza Mohammad Ghazali, Pegawai Informasi.

Maklumat Terkini