MAKLUMAT TERKINI
FRIM terima Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2014!
7 Julai 2014 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2014 yang menandakan bahawa ia telah mendapat maklum balas cemerlang dengan konsisten daripada pelancong-pelancong yang menggunakan khidmat TripAdvisor.

Sijil Kecemerlangan TripAdvisor yang diterima oleh FRIM.
Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua kakitangan FRIM atas pencapaian ini.

Abd Latif dengan bangganya menunjukkan sijil kecemerlangan TripAdvisor.
Beliau juga berharap warga FRIM akan terus prihatin dalam memastikan kawasan kampus FRIM sentiasa terjaga kebersihannya serta meneruskan sikap kerjasama dalam memartabatkan FRIM sebagai warisan semula jadi terunggul di Malaysia dan di persada dunia.
Tambah beliau, pelbagai penambahbaikan, aktiviti, kemudahan, perkhidmatan serta daya tarikan semula jadi di FRIM yang telah digazetkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 2009 dan Warisan Kebangsaan pada 2012 telah membolehkan FRIM menjadi tumpuan pelancong serta pencinta alam.

Gambar keunikan fenomena “Crown Shyness” yang boleh dilihat di denai alam hutan FRIM.
Abd Latif telah menerima sijil kecemerlangan tersebut pada 27 Jun 2014 melalui surat rasmi yang diterima daripada Presiden Perniagaan Tripadvisor, Marc Charron.
FRIM juga disenaraikan sebagai salah satu daripada “Tujuh Keajaiban Eko-pelancongan di Malaysia” dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh The Star Online pada 5 Jun lalu. Turut terpilih dalam senarai tersebut ialah Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak; Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang; Taman Negeri Royal Belum, Perak; Taman Negara; Cameron Highlands, Pahang; dan Pulau Perhentian, Negeri Terengganu.
Artikel tersebut boleh didapati di laman web The Star Online di: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/05/Environment-7-wonders-of-Malaysian-ecotourism/.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sijil Kecemerlangan TripAdvisor tersebut, sila layari: https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/695747240460588?ref=notif¬if_t=like.
Maklumat Terkini