MAKLUMAT TERKINI

FRIM tingkatkan kapasiti HTC, tampung permintaan pengusaha herba
By Published On: Mac 9, 2020

9 Mac 2020 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meningkatkan kemudahan fasiliti pengekstrakan Pusat Teknologi Herba (HTC) bagi menampung permintaan pasaran pengusaha herba yang semakin meningkat.

Majlis Perasmian Fasiliti Pengekstrakan dan Hari Terbuka HTC telah disempurnakan oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM pada 3 Mac lalu. Beliau juga melancarkan buku ‘Amalan Pengilangan Baik: Pengalaman Pusat Teknologi Herba (HTC) FRIM’ dalam majlis ini.

upacara perasmian fasiliti pengekstrakan HTC
Gambar berkumpulan.
Dari kiri: Zamree, Khali Aziz, Abd Latif dan Norhayati semasa upacara perasmian fasiliti pengekstrakan HTC.

Gambar berkumpulan pengusaha-pengusaha herba dan staf FRIM bersama Abd Latif (duduk, tengah).

Turut hadir, Sharmida Alia Sariff, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS); Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dato’ Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; dan Norhayati Nordin, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi FRIM (ICD).

Pelbagai aktiviti menarik seperti lawatan ke fasiliti HTC serta pameran oleh HTC, ICD, FRIM Incorporated Sdn Bhd, Koperasi FRIM dan HerbaXpress telah diadakan sempena majlis ini.

Zamree menunjukkan fasiliti HTC
Sesi ‘pocket talk’
Zamree (paling kanan) menunjukkan fasiliti HTC semasa lawatan. Dari kiri: Zamree, Lau dan Mohammad Husaini bercakap semasa sesi ‘pocket talk’.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian maklumat atau ‘Pocket talk’ dalam topik-topik berikut:

  • ‘Experience Sharing on the Commercialisation of Herbal Extract’ oleh Jackson Lau, Pengurus Pemasaran, Coral Waves Sdn Bhd;
  • ‘MTDC: The Complete Equation’ – Mohammad Husaini Dahalan, Naib Presiden Kanan Penyelidikan, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC); dan
  • Peluang Kemudahan Perkhidmatan di HTC – Dr Zamree Md. Shah, Ketua Program HTC.

Program ini dihadiri oleh 32 orang peserta jemputan daripada syarikat-syarikat pengusaha herba dan 67 orang staf FRIM.

Maklumat Terkini