MAKLUMAT TERKINI
FRIM umum lantikan Timbalan KP baharu
15 Januari 2018 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengumumkan pelantikan Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Timbalan KP (Operasi) baharu semasa perhimpunan bulanan di Dataran FRIM pada 10 Januari lalu.
Beliau juga mengumumkan pelantikan Dr Nor Azah Mohamad Ali yang merupakan Ketua Program Pembangunan Produk Herba sejak 1 Mac 2009 sebagai Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi baharu.
Jawatan Timbalan KP (Operasi) dahulunya dipegang oleh Datuk Dr Rahim Sudin yang bersara pada hujung tahun lepas.
Di perhimpunan tersebut, Abd Latif menyampaikan Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia kepada wakil-wakil makmal ujian serta Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2015 kepada pengarah-pengarah bahagian.
Beliau turut menyampaikan sijil kepada pengarah-pengarah bahagian yang telah berjaya melaksanakan penjimatan elektrik dan air.
Sempena perhimpunan bulanan pertama ini, staf FRIM juga mengambil ikrar untuk menjalankan tugasan dengan penuh integriti.
Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun dan ahli-ahli Majlis Pengurusan Tertinggi FRIM yang lain.
Petang tadi, Bahagian Sumber Manusia FRIM juga mengumumkan kenaikan pangkat Liza Ismail sebagai Pengarah Pentadbiran dan Toh An Nee sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat baharu. Kesemua kenaikan pangkat ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.
Maklumat Terkini