MAKLUMAT TERKINI
Jangan masuk kawasan larangan FRIM
4 November 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sekali lagi mengingatkan semua pengunjung supaya tidak memasuki tempat larangan terutamanya kawasan hutan, plot penanaman pokok, arboretum serta denai-denai alam tanpa diiringi jurupandu atau staf FRIM bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Pada 1 November lalu, seorang pelawat dilaporkan sesat dalam hutan FRIM, terjatuh dan tercedera pada kepalanya. Yeam Sai Ming, 62, telah memasuki hutan FRIM mulai 10.00 pagi dan hanya berjaya ditemui pada 6.30 petang oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada Penguatkuasa FRIM, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Balai Polis Desa Jaya.
Abd Latif meminta kerjasama pengunjung untuk mematuhi peraturan FRIM. | Laporan media mengenai kes-kes pengunjung sesat dalam FRIM sebelum ini. |
Semua denai alam FRIM telah ditutup kepada pengunjung tanpa jurupandu sejak Jun 2016 demi keselamatan pelawat serta kelestarian hutan yang merupakan kawasan penyelidikan.
Beberapa kes pengunjung sesat telah berlaku di FRIM seperti pada 1 Januari 2016, 26 Februari and 3 Mac tahun ini sementara kes yang paling serius berlaku pada Disember 2010 di mana seorang pejoging sesat beberapa sebelum dijumpai.
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod menyeru para pengunjung untuk menghormati peraturan-peraturan serta kod etika pelawat FRIM untuk kebaikan dan keselamatan semua.
Ahli-ahli bomba memeriksa kepala Yeam yang tercedera. | Ahli-ahli pasukan penyelamat bergambar dengan Yeam (keempat dari kanan). |
“Janganlah melanggar peraturan, membahayakan diri sendiri, membimbangkan keluarga di samping menyusahkan orang lain,” tambah beliau.
Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan tentang aktiviti-aktiviti di FRIM, sila emel kepada: frim_enquiry@frim.gov.my atau hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC) 03-6279 7592/ 7648/ 7596.
Maklumat Terkini