MAKLUMAT TERKINI

Kejayaan KP FRIM diguna dalam buku latihan UPSR
By Published On: Ogos 27, 2019

27 Ogos 2019 (Selasa) – Sebahagian daripada pencapaian Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dalam bidang sains perhutanan telah diceritakan dalam buku latihan berjudul, ‘Praktis Fokus UPSR Bahasa Melayu Tahun 6B – 2019’ terbitan Tunas Pelangi.

Petikan buku latihan.
Kulit buku ‘Praktis Fokus UPSR BM
Petikan buku latihan tersebut yang menunjukkan kejayaan KP FRIM. Kulit buku ‘Praktis Fokus UPSR Bahasa Melayu Tahun 6B – 2019’. 

Petikan tentang kejayaan KP FRIM terdapat pada ‘TEMA 8: Damainya Bumiku’ di dalam buku latihan tersebut. Pelajar diminta untuk meneliti serta menjawab soalan-soalan berdasarkan butiran KP FRIM termasuk pencapainnya seperti:

  • Anugerah BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership 2017 bagi kategori ‘Pemuliharaan Alam Sekitar’;
  • Anugerah ‘Top Research Scientist Malaysia’ (2013); dan
  • Anugerah Perdana Tokoh Sarjana Penyelidikan dan Pembangunan.

KP FRIM yang berasa terharu dipilih sebagai contoh dalam buku latihan ini merakamkan penghargaannya kepada Tunas Pelangi.

“Saya berharap pencapaian saya dapat memberi semangat serta mendorong para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan,” kata Abd Latif.

Menurutnya, FRIM sering berusaha untuk meningkatkan minat para pelajar terhadap bidang ‘Science, Technology, Engineering and Mathematics’ (STEM) serta memberi pendedahan awal kepada mereka tentang alam pekerjaan sains dan penyelidikan.

Baru-baru ini, FRIM juga telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Piala KP FRIM Peringkat Sekolah Negeri Selangor 2019 untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan inovasi. Pertandingan tersebut berjaya mendapat penyertaan 80 inovasi daripada 15 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah.

Maklumat Terkini