MAKLUMAT TERKINI

KP FRIM rasmi Kejohanan Boling FRIM
By Published On: Oktober 17, 2018

12 Oktober 2018 (Jumaat) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah merasmikan Kejohanan Boling Piala KP FRIM 2018 pada 6 Oktober lalu di Ampang Superbowl Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

1
1
Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Abd Latif melancarkan ‘roll off’ perasmian dengan jatuhan ‘strike’.

Kejohanan ini bertujuan menghargai jasa Abd Latif yang telah memimpin FRIM sehingga dikenali sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang unggul di rantau ini. Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan beliau sebagai KP; ulang tahun FRIM ke-33 bagi FRIM dan genap 33 tahun beliau berkhidmat di FRIM.

Seramai 200 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menyertai kejohanan ini yang dianjurkan oleh Kelab FRIM.

1
Gambar berkumpulan pihak penganjur, peserta bersama Abd Latif (berdiri, kesembilan dari kanan).

Turut hadir pada majlis perasmian, Datin Halidah Kasmin dan Muhammad Ismail, isteri serta anak KP FRIM; mantan Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun; mantan Timbalan KP (Operasi), Datuk Dr Rahim Sudin; Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee dan Setiausaha Kehormat Kelab FRIM, Dr Mohamad Nasir Mat Arip.

1
Dari kiri: Pasukan juara, naib juara dan tempat ketiga menerima trofi dan hadiah daripada Ismail Harun (berbaju biru-kelabu) bersama Mohamad Nasir (paling kanan).

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ismail Harun di majlis penutupan pada 7 Oktober. Pasukan Naim/Mikochi telah muncul sebagai juara dengan jatuhan pin sebanyak 2056, manakala pasukan Yariba/Nik dan Ace/Nik masing-masing mendapat tempat kedua (jatuhan pin 2052) dan ketiga (jatuhan pin 2047).

Maklumat Terkini