20 Ogos 2018 (Isnin) – Unit Fasiliti, Galeri Penyelidikan dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 22 Ogos (Rabu) ini, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang.
Harap maaf dan sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk pertanyaan atau tempahan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.