MAKLUMAT TERKINI

Penyelidik FRIM terima ‘Outstanding Young Chemist Award’
By Published On: Disember 5, 2022

5 Disember 2022 (Isnin) – Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ChM Dr Mohamad Nasir Mat Arip telah menerima Anugerah ‘Outstanding Young Chemist Award 2022 (Industry)’ daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bagi sumbangan beliau dalam bidang teknologi maju pengawetan kayu.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Presiden IKM, Datuk ChM Dr Soon Ting Kueh dalam Majlis Malam Kimia 2022 yang diadakan di Petaling Jaya pada 2 Disember lalu.

Mohamad Nasir merupakan Ketua Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) sebelum dilantik sebagai Ketua Cawangan Dasar dan Pengurusan Penyelidikan FRIM yang dipegang beliau sekarang.

Beliau mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang pengawetan kayu (analisis kimia, pembangunan sensor dan sintesis formulasi berasaskan nano).

Beliau pernah menerima Gold Award Innova Brussels (2010); Anugerah Pittsburgh Conference on Analytical Chemistry and Applied Spectroscopy (PITTCON) Travel Grant oleh American Chemical Society (ACS) (2014); Gold Award ITEX (2017); Gold Award PECIPTA (2019); serta Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan FRIM bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (2019).

Kepakaran beliau diiktiraf di peringkat global dan beliau terlibat dalam Member of the Working Group on Revision of ISO/IEC 17025, yang telah diterbitkan oleh Standards Malaysia pada 2018. Kini, beliau merupakan Setiusaha International Union of Forest Research Organizations (IUFRO) peringkat Malaysia.

Selain itu, empat Anugerah ‘IKM Laboratory Excellence Award 2022’ turut diterima oleh makmal-makmal FRIM tahun ini, iaitu:

  1. Makmal Kimia Tanah;
  2. MAAK
  3. Makmal Ujian Komposit Kayu;
  4. Makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semulajadi (NPQC).

Turut hadir, Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang; ChM Rozita Ahmad, Ketua Cawangan Pengurusan Tanah; ChM Dr Norhayati Abdullah, Ketua NPQC; dan Pegawai Penyelidik, ChM Dr V. Jeyanny Vijayanathan.

Mohamad Nasir (tengah) menerima anugerah daripada Soon (kiri) dengan diperhatikan oleh Prof. Madya ChM Dr Juan Joon Ching, Penolong Setiausaha Kehormat IKM (kanan). Dari kiri: Rosdi, Mohamad Nasir, Rozita, Norhayati dan Jeyanny bersama sijil-sijil yang diterima.
Pingat dan sijil anugerah ‘Outstanding Young Chemist Award 2022 (Industry)’ IKM. Mohamad Nasir bersama anugerah yang diterima.

Maklumat Terkini