INOVASI DAN KOMERSIALISASI
Objektif
Bermula dengan pertukaran kepada sebuah badan berkanun pada 1 Oktober 1985, FRIM terus mengorak langkah sebagai organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan yang berdaya saing dalam menjana ilmu pengetahuan bagi menghasilkan modal intelektual dalam bentuk produk, perkhidmatan, pemprosesan dan metodologi berdaya inovatif yang bernilai serta memenuhi permintaan pasaran.
Selaras dengan Akta FRIM yang telah berkuatkuasa pada 2016, FRIM telah menambahbaik konsep strategi dan struktur komersialisasi yang digunapakai. Selain itu, peranan Bahagian Inovasi dan Komersialisasi kini lebih bersifat Technology Transfer Office (TTO) untuk membantu aspek komersialisasi dengan lebih terperinci dan mengadaptasi struktur tersebut mengikut model yang bersesuaian.
FRIM akan terus mengenal pasti teknologi baharu yang boleh dikomersialkan bagi memenuhi permintaan pasaran sekaligus meningkatkan jumlah pendapatan, mencipta kemahiran dan kecekapan baru serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai.