PERKHIDMATAN PENSIJILAN PRODUK
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan diluluskan di bawah kuasa-kuasa khas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 November 2014 sebagai tambahan kepada Akta 319 (1985) Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia).
Matlamat utama FRIM PCS adalah untuk:
- Membantu industri tempatan untuk menghasilkan produk berkualiti secara konsisten
- Memastikan industri berasaskan kayu yang memenuhi spesifikasi yang diperlukan dan standard yang ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan dan pengguna, dan
- Membantu industri perabot berasaskan kayu dalam pembuatan produk berkualiti yang memenuhi standard seperti yang dituntut oleh pasaran tempatan dan antarabangsa
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://pcs.frim.gov.my