TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada FRIM dalam mempromosi produk mahupun jenama FRIM sendiri. Sejak tahun 2000 lagi, FRIM telah mula bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR. Beberapa program telah dirangka sejak itu hingga kini yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) PACKAGES
Menerusi program-program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan FRIM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti kesedaran telah dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam. Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat tempatan mahupun antarabangsa serta institusi pengajian tinggi tempatan.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM seperti berikut:-
Talian Pejabat : 03-6279 7591 / 7529
E-mel : frim_ccu[at]frim.gov.my
Untuk sebarang surat permohonan hendaklah dimajukan kepada pegawai di bawah:
Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan
Permohonan untuk melaksanakan aktiviti CSR perlulah dihantar kepada pihak FRIM sekurang-kurangnya dua (2) bulan awal.