MAKLUMAT TERKINI
Peserta WUF9 lawat FRIM
20 Februari 2018 (Selasa) – Sebanyak 65 peserta ‘World Urban Forum’ ke-9 (WUF9) telah melawat kampus FRIM di Kepong pada 10 dan 11 Februari lalu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetengahkan FRIM sebagai salah satu kawasan hijau bandar yang terbaik di Malaysia.

Dari kiri: gambar berkumpulan peserta pada 10 dan 11 Februari.
Peserta dari 16 buah negara ini disambut oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kementerian Alam Sekitar dan Alam Sekitar (NRE), Mohd Azuwan Abdullah; dan Ketua Komunikasi Korporat FRIM. Toh An Nee. Kumpulan kedua yang melawat FRIM pada 11 Februari disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam, Maria Arlene Jackan dan Pegawai Media, Lim Chung Lu.
Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM, Dr Noor Azlin Yahya telah menyampaikan taklimat khas mengenai sejarah, latar belakang, ekopelancongan dan kemudahan rekreasi di FRIM, serta usaha-usaha FRIM dalam pengurusan yang seimbang untuk memenuhi keperluan rekreasi dan perlindungan sumber alam semula jadi.

Noor Azlin menyampaikan taklimat
Peserta juga melawat Galeri Penyelidikan FRIM dan dibawa ke denai alam bagi meninjau fenomena ‘Crown Shyness’ oleh jurupandu alam FRIM.
Turut hadir, Menteri Perhutanan Bandar dan Perumahan Bandar Ethiopia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Ambachew Mekannon; dan Naib Menteri Alam Sekitar Lithuania, TYT Reda Brandisauskiene.
![]() Toh (kiri) dan Mohd Azuwan bergambar dengan cenderahati daripada urus setia WUF9. |
![]() Lim (kanan) menyampaikan cenderahati FRIM kepada Mekannon. |
![]() Jurupandu alam, Ong Tai Hock (paling kanan) berkongsi fakta menarik dalam hutan FRIM. |
Maklumat Terkini