MAKLUMAT TERKINI
Pokok juga amalkan penjarakan sosial
7 Julai 2020 (Selasa) – Fenomena ‘crown shyness’ yang terhasil daripada silara pokok-pokok kapur (Dryobalanops aromatica) yang tidak bersentuhan antara satu sama lain seakan-akan mengamalkan penjarakan sosial.
Pemandangan seperti ‘jigsaw puzzles’ di langit ini merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal dalam kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Tangkap skrin (screen shot) artikel Nat Geo tersebut. | Teh (kiri) dan Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM mencari sudut fotografi di lokasi tersebut. |
Fenomena tersebut juga telah menarik perhatian National Geographic (Nat Geo). Pada 16 June lalu, Nat Geo telah mendapatkan khidmat jurugambar profesional, Ian Teh untuk mengambil gambar ‘crown shynes’ tersebut di FRIM.
Hasil karya beliau telah diterbitkan di laman web Nat Geo bagi artikel bertajuk, “Some trees may ‘social distance’ to avoid disease”. Klik di sini untuk maklumat lanjut: tinyurl.com/NatGeoFRIM-crownshyness.
Kapur mempunyai batang berbentuk silinder yang lurus dan boleh mencapai ketinggian 60 m. Ia disokong dari bawah oleh banir yang kadangkala mencapai beberapa meter tinggi.
Salah satu ciri unik kapur ialah kulitnya yang mengelupas seperti gulungan kertas yang dicarik. Kaum Orang Asli menggunakan kulit pokok kapur ini untuk membuat dinding rumah dan menganyam bakul.
Maklumat Terkini