WARNA-WARNA FRIM

Andira inermis : Mekar bunga tunjuk ke langit
No photos found matching your search criteria.

Barringtonia acutangula (Lecythidaceae) ialah sejenis pokok renek atau kecil yang boleh mencapai ketinggian hingga 12 m. Biasanya, spesies ini tumbuh di sepanjang sungai-sungai dataran pinggir sungai yang lembab atau di tebing sungai serta kawasan berpaya, dan kadang-kadang boleh didapati di kawasan berketinggian sehingga 400 m. Taburan spesies ini agak luas, dari India ke Myanmar dan Thailand, Laos, Vietnam, Filipina, Malaysia dan New Guinea. Di Thailand spesies ini dikenali sebagai chik, chik num, mai chik dan dikenali sebagai pooy-sai di Laos. Di Malaysia ia dikenali sebagai putat manakala di Indonesia sebagai ipil, pangpanik, poetat atau putat tayap. Daunnya boleh dimakan dan dijadikan sebagai sayur-sayuran di Jawa. Banyak kegunaan perubatan tempatan juga telah direkodkan dari India. Ini adalah satu lagi spesies yang boleh dilihat berbunga dan berbuah sepanjang tahun di Taman Botani Kepong. Status pemuliharaan spesies ini adalah dalam kategori Risiko Rendah.

Ditulis oleh Norsham S. Y. Suhu mingguan di antara 25° ke 33°C dan mendung.