WARNA-WARNA FRIM
Buah pala daun kubis: Buah ranum makanan si burung
Horsfieldia superba atau buah pala daun kubis adalah tergolong dalam keluarga Myristicaceae atau buah pala. Nama tempatan lebih dikenali sebagai penarahan. Saiz pokok adalah sedang ke besar dan boleh mencecah sehingga 30 m tinggi. Daunnya sangat besar, berbentuk eliptik, dan kelihatan seperti berkarat. Batangnya lurus, kulit merekah lurus atau retak. Habitat spesies in ialah hutan tanah pamah dan hutan paya. Spesies ini boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Sumatra. Untuk melihat buahnya yang bundar, kuning kejinggaan, sila ke bangunan B2 dimana terdapat sebatang pokok yang sedang berbuah dengan lebatnya. Isi buah pokok ini dimakan oleh burung enggang dan punai dekut. Kali terakhir pokok ini dilihat berbuah ialah pada tahun 2005.
Disediakan oleh Norsham SY. Disiarkan pada 16 Oktober 2013. Cuaca mingguan 23° hingga 34°C dan hujan.