WARNA-WARNA FRIM

Careya arborea :Berguna kepada manusia dan haiwan

Careya arborea merupakan salah satu ahli keluarga Lecythidaceae. Spesies ini boleh didapati di Afghanistan, Kepulauan Andaman, India, Myanmar dan utara Semenanjung Malaysia (Perlis dan Kedah). Putat kedang merupakan nama tempatan spesies berdaun luruh ini yang boleh mencapai ketinggian 25 m. Pelbagai bahagian pokok ini digunakan dalam perubatan Ayurvedik di India untuk rawatan batuk, bronkitis, cacing, cirit-birit, leukoderma, epilepsi, bisul, ulser dan demam panas.

Kayunya juga digunakan untuk pembinaan tiang rumah dan perabot. Daun spesies ini merupakan makanan ulat bulu yang menghasilkan sutera tulsar di India. Buahnya juga menjadi makanan haiwan ternakan seperti lembu. Satu kajian di Idukki Wildlife Sanctuary, Kerala, India mendapati 60% najis gajah (Elephas maximus) mengandungi biji C. arborea. Bunga C. arborea berbau agak harum dan daunnya yang hijau akan bertukar merah kerana mempunyai sifat musim luruh (deciduos).

Pertukaran warna daun dari hijau ke merah dan tumbesarannya yang cepat menjadikannya sesuai untuk tanaman hiasan landskap. Buah ini berbentuk bulat dan berat bila masak, oleh itu lokasi penanaman perlu dirancang dengan baik. Spesies ini tergolong dalam kategori Hampir Terancam di Semenanjung Malaysia. Pokok putat kedang boleh dilihat berhampiran bangunan B3. Berhati-hati jika berjalan di bawah pokoknya kerana buahnya yang berat mungkin gugur di atas kepala anda!

Gambar-gambar disumbangkan oleh Naimah Che Long dan Norsham Yaakob.

Careya arborea tree near B3 building

Pokok Careya arborea berhampiran bangunan B3

A flower compared to palm size

Bunga berbanding saiz tapak tangan

Putat kedang flower and fruits

Bunga dan buah putat kedang

Fruit buds and leaves of C. arborea

Kudup buah dan daun C. arborea

Logo FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

9427815

pelawat sejak 23 Jun 2014

Waktu Beroperasi

FRIM Waktu bekerja :
Isnin – Jumaat: 8.00 am – 5.00 pm

Kedai Buku FRIM :
Isnin – Khamis : 9.00 am – 12.30 pm; 2.30 pm – 4.30 pm
Jumaat : 9.00 am – 12.00 pm; 3.00 pm – 4.30 pm

Kepong Botanic Gardens :
Isnin – Khamis : 7.30 am – 7.00 pm
Hujung Minggu and Cuti Umum : 7.00 am – 7.00 pm

Forest Skywalk : 

Sabtu – Khamis : 8.30 am – 3.30 pm
Jumaat Tutup

Paparan Terbaik: Firefox 15+, Edge 118+, Chrome 3+. Resolusi : 1920 x 1080, Responsive Design
Hak Cipta © 2023 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Versi 6.

Tarikh Kemaskini : Februari 19, 2025

ISO 9001 2015 Standards Malaysia
mygov
msc
mampu