WARNA-WARNA FRIM

Kelicap jantung telinga kuning, pencinta madu bunga
Yellow eared spiderhunter

Kelicap jantung telinga kuning

Arachnothera chrysogenys atau kelicap jantung telinga kuning ialah sejenis burung kecil yang dapat dikenali dengan senang melalui paruhnya yang panjang dan berlekuk. Burung ini juga mempunyai lidah yang panjang untuk memudahkannya menghisap madu. Di FRIM, burung kelicap ini sering kali dapat dilihat hinggap pada silara pokok-pokok kecil yang berbunga berdekatan dengan Rumah Arboreta (JKR 514), titian silara, denai-denai alam dan Taman Botani Kepong untuk mencari madu. Kadang kala burung ini juga memakan labah-labah dan serangga. Taburan spesies ini banyak terdapat di Malaysia Timur dan Malaysia Barat tetapi masih dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Hidupan Liar 2010.

Gambar oleh Nor Azlin Mohd Fauzi.