WARNA-WARNA FRIM

Kulat berkembang: Warna warni selepas hujan

Musim kulat berkembang di FRIM telah bermula. Selalunya, setiap tahun dari hujung Februari hingga Mac dan Ogos hingga September, sporokarpa kulat atau cendawan akan berkembangan di laman FRIM. Sekarang ini bulan Julai, dan agak awal untuk musim cendawan, tetapi lihatlah di lantai hutan. Anda akan dapat menyaksikan pelbagai spesies cendawan mula berkembangan terutamanya di sepanjang denai dan di tepi-tepi jalan utama. Kadang-kadang kita dapat melihatnya di bawah sarap dedaun ataupun tumbuh pada tunggul kayu lama. Jangka hayat cendawan sangat singkat, kira-kira 2-5 hari. Namun, cendawan yang tumbuh di atas kayu hidup lebih lama. Kebanyakan kulat tidak begitu menarik perhatian kerana saiznya kecil dan warnanya yang pudar, namun ada juga yang berwarna terang dan menarik. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 4000 spesies kulat, 160 spesies telah direkodkan di FRIM. Keadaan hutan yang lembab dan habitat di FRIM sangat sesuai untuk kulat tumbuh. Sesetengah kulat boleh dimakan, tetapi ada juga yang beracun. Jadi, janganlah makan kulat sesuka hati kecuali anda benar-benar pasti ataupun disahkan oleh pakar bahawa kulat tersebut boleh dimakan.

Gambar-gambar disumbangkan oleh Nor Azlin M.F dan Patahayah Mansor.

Marasmius sp., with tiny fruiting bodies growing on dead wood behind D4 building

Marasmius sp., cendawan halus yang tumbuh di atas dahan mati, di belakang bangunan D4

Boletellus emodensis can be spotted along the Keruing Trail and behind D4 building

Boletellus emodensis boleh ditemui di sepanjang Denai Keruing dan di belakang bangunan D4

Boletus sp. near Lagerstroemia langkawiensis tree next to D4 building

Boletus sp. berhampiran pokok Bungor langkawi bersebelahan bangunan D4

Lentinus squarrosulus can be found at the side of Jalan Jelutong

Lentinus squarrosulus boleh dilihat di pinggir Jalan Jelutong