Limnonectes laticeps, sejenis spesies katak kecil daripada keluarga Dicroglossidae boleh didapati di anak sungai cetek di dalam hutan. Selalunya, katak ini boleh dilihat dengan mudah di dalam lopak cetek, di kawasan resapan air berhampiran sungai dan hutan paya air tawar. Katak ini telah direkodkan dari kawasan tanah rendah sehinggalah sekurang-kurangnya 1500 m di atas paras laut. Taburan spesies ini meluas iaitu dari Timur Laut India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Borneo, Indonesia dan Sumatera. Status pemuliharaan spesies ini adalah Risiko Rendah.
Ditulis oleh Norsham S. Y. Disiarkan pada 11 Januari 2013. Cuaca mingguan antara 24° to 32°C.