WARNA-WARNA FRIM

Limpatu: Kegemaran sang tupai

Buah limpatu atau Prainea limpato var. longipedunculata sangat digemari oleh haiwan kerana rasanya yang sangat manis dan baunya wangi seperti pisang. Pokok limpatu berhampiran tempat letak kereta bangunan D4 sering dikunjungi oleh tupai yang memakan buahnya sehingga hanya tinggal setangkai semenjak pokok ini berbuah pada awal Jun 2012. Limpatu merupakan ahli famili Moracae. Spesies ini boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Borneo. Di Borneo, buah ini dikenali sebagai buah kesusu atau buruni.

Buah limpatu berwarna hijau dan akan bertukar kepada jingga terang apabila matang. Namun jarang sekali dapat kita lihat buah yang matang kerana ia cepat sekali dimakan oleh tupai walaupun masih muda. Buahnya yang boleh dimakan adalah kecil, berbentuk pir (bersaiz 2 hingga 2.5 cm) dan keluar daripada tangkai yang panjang sehingga mencecah 25 cm. Buahnya yang bertangkai panjang ini memberikan nama saintifik “longipedunculata”. Dari segi struktur hutan, limpatu merupakan pokok di bawah lapisan sudur dan boleh mencapai ketinggian sehingga 29 m.

Gambar oleh Ong Su Ping.

A bunch of Limpatu fruits is about 6 cm in diameter.

Segugus buah limpatu bergaris pusat lebih kurang 6 cm.

Limpatu leaves

Daun limpatu

The Limpatu tree can be seen from the parking lot of D4 building.

Pokok limpatu boleh dilihat dari tempat letak kereta Bangunan D4.