WARNA-WARNA FRIM
Melapi berbunga di FRIM
Shorea agamii ialah spesies daripada famili Dipterocarpaceae. Ia dinamakan sempena J. Agama, pegawai hutan di Jabatan Perhutanan Sabah. Terdiri daripada subsp. agamii dan subsp. Diminuta, “diminuta” adalah perkataan Latin untuk “dijadikan kecil”. Ini merujuk kepada daun-daun kecil subspesies. ini.
Shorea agamii merupakan spesies endemik di Borneo. Pokoknya mencapai ketinggian 50 m di hutan dipterokarpa campur bertanah liat berpasir yang baik salirannya. Tergolong sebagai kayu keras ringan dengan nama dagangannya, meranti putih Spesies ini disalahsenaraikan di dalam Senarai Merah (Red List) IUCN sebagai Shorea agami. Shorea agamii subsp. agamii yang banyak ditemui di tiga kawasan perlindungan (Hutan Simpan Kabilli-Sepilok, Taman Negara Lambir & Taman Negara Gunung Mulu ), tetapi terancam di tempat lain.
Site Tapak |
Tree No. No. pokok |
Botanical Name Nama botani |
Local Name Nama tempatan |
GH14 |
579 |
Shorea agamii |
Melapi |
J13 |
133 |
Shorea agamii |
Melapi |
L11 |
156 |
Shorea agamii |
Melapi |