WARNA-WARNA FRIM

Pekaka Rimba Besar



Pekaka Rimba Besar merupakan salah satu spesies yang hampir terancam yang boleh didapati di FRIM. Langkah perlahan-lahan ke dalam denai alam dan kita mungkin boleh melihat burung yang berwarna terang dan menarik ini terutamanya di kawasan Kem Perah dan Rover Track, kawasan yang bersebelahan dengan hutan simpan Bukit Lagong. Pekaka Rimba Besar atau nama saintifiknya Actenoides concretus ialah spesies burung daripada famili Alcedinidae. Taburannya meluas dan boleh didapati di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Thailand. Burung pekaka tinggal di pelbagai jenis habitat, namun, Pekaka Rimba Besar ini lebih suka tinggal di dalam kawasan hutan, berhampiran kawasan berair atau sungai. Kewujudannya diancam oleh penebangan hutan dan kehilangan habitat. Burung pekaka ini sangat territorial, dan akan mencari kawasan utama berdasarkan sumber makanan, pokok yang sesuai untuk bertenggek dan tapak yang selamat. Sebagaimana namanya, pemburu ikan yang terkenal ini juga memakan pelbagai jenis artropod seperti serangga dan kala jengking yang besar, siput, ular kecil dan cicak. Burung ini akan memburu dengan cara menjatuhkan mangsanya dan menyelam dari tempat hinggap yang rendah untuk meragut mangsanya di atas permukaan air atau tanah.

Rufous-coloured Kingfisher, a nearly threatened bird species that can be found in FRIM.

Pekaka Rimba Besar, spesies burung yang hampir terancam yang boleh dilihat di FRIM.