WARNA-WARNA FRIM

Perah berpucuk merah

Pada minggu 29 Januari 2012, Elateriospermum tapos (perah) telah mengeluarkan daun-daun baharu. Daun-daun muda berwarna merah kelihatan begitu terserlah di antara warna hijau. Pemandangan yang indah ini dapat dinikmati apabila anda memasuki jalan ke arah Bangunan D15 dan juga dalam perjalanan ke titian sudur. Pokok perah juga dapat dilihat sekali-sekala di persimpangan Jalan Jelutong dan menghadap ke kiri jalan utama jika kita datang dari pintu masuk utama FRIM. Warna kemerah-merahan ini dijangka akan berterusan sehingga 4 Februari 2012.

P Taburan pokok perah boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo. Tergolong dalam famili Euphorbiaceae (famili pokok getah), perah mempunyai getah yang melekit berwarna putih di dalam batang, daun dan tangkai buahnya. Biji perah boleh dimakan jika dimasak. Di pantai timur, biji perah dibuat jeruk untuk dimakan.

Gambar oleh Asmar Hassan.

Wonderful view of Perah tree

Keindahan Perah

Perah tree flushes new leaves

Pucuk Perah yang kemerahan