WARNA-WARNA FRIM

Pokok “Peluru meriam” mekar berbunga di FRIM

Pokok Couroupita guianensis atau peluru meriam (cannon-ball) ini istimewa kerana ranting-ranting yang keluar daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok cannon-ball boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Pada musim kering, kesemua daunnya akan meluruh. Buahnya besar, berwarna coklat bulat seperti peluru meriam (sesuai dengan namanya) dan terdapat banyak biji benih kecil di dalamnya. Spesies ini berasal dari Amerika Selatan. la juga banyak ditanam di taman-taman botani di kawasan tropika. Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan pada masa ini boleh dilihat sedang berbunga di hadapan bangunan B2.

Buah peluru meriam yang berwarna cokelat, berat dan berbentuk seperti peluru meriam menyebabkannya memperoleh nama tersebut.

Bunga “peluru meriam” yang besar dan menarik

Keharuman bunga peluru meriam yang begitu kuat mengundang serangga untuk pendebungaan.