WARNA-WARNA FRIM

Pokok-pokok balak sedang berbunga di FRIM

Hopea subalata ialah spesies pokok kaum Dipterokarpa. Spesies ini bersifat endemik yang bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor. Hutan Simpan Kanching terletak di penghujung rabung kuartzit Klang Gates, salah satu rabung kuarza daratan yang terpanjang di dunia. Kerana lokasi endemismnya, spesies ini dinamakan merawan kanching atau giam kanching. Secara komersial, pokok in dimasukkan dalam kategori giam.

Pokok giam kancing bersaiz kecil, berkulit licin dengan ukur lilit menjangkau 1 m. Hopea subalata dikelaskan sebagai spesies terancam tahap kritikal disebabkan taburannya yang terhad.

Spesies ini mempunyai kaedah pembiakan yang unik dengan anak yang terhasil betul-betul menyerupai induk dari segi genetik.

Para penggemar pokok yang jarang ditemui ini boleh melihatnya berbunga di Arboretum Dipterokarpa dan Taman Botani FRIM.

No photos found matching your search criteria.