WARNA-WARNA FRIM

Upuna borneensis: Pokok monotip yang terancam
No photos found matching your search criteria.

Upuna borneensis merupakan sejenis pokok monotip yang bermaksud hanya terdapat satu spesies tunggal dalam genus ini. Spesies kaum damar ini endemik kepada Borneo dan lebih dikenali sebagai penyau, resak atau upun batu. Upuna borneensis merupakan pokok besar dengan banir yang agak gempal dan pendek. Batang pokok berwarna perang gelap, mengelupas halus dengan isi dalaman batang tidak berlapis. Daunnya nipis seperti kulit dan agak kasar. Spesies ini boleh didapati di dalam hutan dipterokarpa dan kerangas. Batang kayunya bermanfaat untuk pembinaan berat, rangka bangunan dan pembuatan bot. Status pemuliharaan spesies ini adalah terancam. Beberapa pokok upun sedang berbuah berhampiran bangunan B2 dan B3.

Disediakan oleh Norsham SY. Disiarkan pada 13 Oktober 2013. Cuaca mingguan 23° hingga 34°C dan hujan.